jump to navigation

4 Golongan Lelaki yang di tarik oleh wanita ke neraka: January 6, 2008

Posted by Deni Afr in Uncategorized.
trackback

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)
maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Kakak-kakaknya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh kepala kakak-kakaknya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan ditanya dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa kuatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu kuat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / kakak atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak lupa akan firman ALLAH S.W.T.:-

” Hai anak adam peliharakanlah dirimu serta keluargamu dari api neraka,
di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, kakak-kakak anda serta anak-anak lelaki anda.. Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua selamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.AMIN….. YA RABBALALAMIN

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment